Bismillahirrahmanirrahim..

Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki, dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Q.S Ali 'Imran, 3:129

Saturday, 17 August 2013

Pesanan Dari Kubur


1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJJUD

2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan menjalinkan SILATURRAHIM . ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QURAN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan dan berbahaya maka racunilah ia dengan SEDEKAH,

5). Aku yang menyepitmu hingga hancur tulang-tulangmu bilamana engkau tidak mengerjakan solat lima waktu.. Maka bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat menyakitkan, maka bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat dimana Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan kalimah "LAILAHAILALLAH"




Rasulullah SAW dengan Pelawak.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW ada seorang pelawak bernama Nuaiman Al- Ansary. Nabi Muhammad SAW sangat sayang kepadanya kerana telatahnya yang lucu serta menghiburkan. Selain dari berbakat sebagai pelawak, Nuaiman juga seorang pahlawan yang pernah ikut serta dalam Peperangan Badar.

Pada suatu hari datang seorang lelaki menunggang seekor unta hendak berjumpa dengan Rasulullah SAW. Unta itu ditambatkannya di luar masjid. Sedang lelaki itu asyik berbual dengan Rasulullah SAW maka pelawak Nuaiman pun datang. Dan seperti biasa Nuaiman sentiasa menjadi perhatian orang ramai kerana telatahnya yang melucukan.
Nuaiman tertarik melihat unta itu lalu orang ramai yang berada di luar masjid mengapi-apikannya.

“ Wahai Nuaiman, engkau adalah pelawak kesayangan Rasulullah SAW. Cuba engkau sembelih unta itu dan nabi pasti akan membayar ganti ruginya,” kata orang ramai.
Maka dengan segala kelucuannya Nuaiman menyahut cabaran itu lalu menyembelih unta tersebut. Dagingnya dibahagikannya kepada orang ramai yang berada di sekitar masjid.
Tiba-tiba lelaki tuan punya unta keluar dari masjid lalu menjerit marah kerana unta kesayangannya sudah disembelih. Nuaiman berasa takut lalu lari menyembunyikan diri dalam sebuah kebun

Nabi Muhammad SAW menyuruh orang ramai mencari Nuaiman dan dibawa ke hadapan baginda.
“ Kenapa kamu sembelih unta itu?” tanya Nabi Muhammad SAW.

Dengan gaya yang melucukan Nuaiman pun menjawab,” Wahai Rasulullah SAW. Orang ramai yang menyuruh saya menyembelih unta itu. Mereka kata Rasulullah SAW akan membayar ganti ruginya.”

Nabi Muhammad SAW tersenyum melihat telatah Nuaiman. Baginda tidak marah sebaliknya membayar ganti rugi kepada tuan punya unta itu.
Pada suatu hari yang lain, sedang Nuaiman berjalan di sebuah pasar, dia tertarik bila melihat sejenis makanan lalu Nuaiman berfikir alangkah baiknya kalau makanan itu diberikan kepada Rasulullah SAW. Tetapi ketika itu dia tidak mempunyai duit untuk membelinya.

“ Boleh saya bawakan makanan ini kepada Rasulullah SAW dan saya akan bayar kemudian,” kata Nuaiman dan penjual makanan itu setuju.
Nuaiman menghadiahkan makanan itu kepada Rasulullah SAW. Sedang baginda menikmati makanan itu tiba-tiba penjual makanan datang menuntut bayarannya..
“ Wahai Nuaiman, bukankah kamu yang hadiahkan makanan ini?” tanya Rasulullah SAW.

“ Semasa berada di pasar tadi saya nampak lelaki ini menjual makanan yang sedap lalu saya bercadang hendak menghadiahkannya kepadamu. Tetapi duit saya tidak ada untuk membelinya. Lalu saya berjanji akan membayarnya kemudian,” jawab Nuaiman masih dengan gayanya yang melucukan.
Sekali lagi Nabi Muhammad SAW tersenyum lalu membayar harga makanan tersebut kepada lelaki itu.